Falsafah Sri Ramakrishna

Ramakrishna tidak mengutarakan sebarang sistem falsafahnyasendiri. Beliau hanya mendedahkan pengalamannya sendiri yang memberikan nafas baharu kepada falsafah Vedanta. [2]

Foto asal Sri Ramakrishna

Brahman

Seperti Sri Sankara, Ramakrishna juga menerima Brahman sebagairealiti yang tertinggi dan mutlak. Beliau juga bersetuju bahawa Brahman yangMutlak adalah nirguna dan nirakara. Sebaliknya, beliau tidak bersetuju bahawaTuhan (Isvara) iaitu aspek Brahman yang berupa (sakara) dan bersifat (saguna)sebagai ilusi atau realiti yang lebih rendah. Sri Ramakrishna menyatakan bahawaTuhan mempunyai rupa dan Tuhan juga tidak berupa. Bukan itu sahaja, Tuhan jugamengatasi kedua-dua keadaan ini![3]

“Tuhan tidak ada rupa dan Tuhan juga mempunyai rupa. Tuhanjuga merentasi rupa dan ketakrupaan.” (Sayings of Sri Ramakrishna, 871)

Ramakrishna menamakan yang Mutlak sebagai Brahman dalam aspekabadi-Nya (Nitya) iaitu apabila Ia tidak aktif. Apabila Ia bertindak (lila)iaitu melakukan aktiviti ciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan, Ia dipanggilsebagai Shakti atau Kali. Ramakrishna juga menyamakan Shakti dengan Isvara atauTuhan. Oleh itu, Brahman dan Sakti sebenarnya adalah satu dan tidak bolehdipisahkan.[4]

“Tidak ada perbezaan sebenar antara Brahman dan Sakti.Brahman dan Sakti adalah satu (Abhinna), sama seperti api dan kuasapembakarannya. Brahman dan Sakti adalah sama seperti susu dan keputihan susu.Brahman dan Shakti adalah sama seperti permata dan kilauannya. Kamu tidak bolehmenggambarkan satu tanpa yang lain atau membezakannya.” (ibid, 857.)

“Tuhan Yang Maha Mutlak dan Tuhan dengan Peribadi adalahsatu. Kepercayaan kepada satu juga bermaksud kepercayaan kepada yang lain. Apitidak boleh digambarkan berlainan dari kuasa pembakarannya. Kuasa pembakarannyatidak boleh dibezakan dari api dan sebaliknya. Cahaya matahari tidak bolehdifikirkan tanpa matahari, atau matahari tidak boleh difikirkan tanpacahayanya. Kamu tidak boleh memikirkan tentang keputihan susu tanpa susu.Demikian, Yang Maha Mutlak tidak boleh difikirkan tanpa idea tentang Tuhan yangbersifat iaitu Tuhan yang Peribadi dan sebaliknya.” (ibid, 856.)

Tuhan atau Isvara

Dalam falsafah Advaita Sankara, Brahman tidak mengendahkandoa atau perasaan manusia. Sankara juga menganggap Isvara sebagai ilusi. Sebaliknyamenurut Ramakrishna, Isvara ialah Brahman dalam aspek Lila. Oleh itu, Isvaraadalah benar. Pendekatan ini memberikan Bhakti satu kedudukan yang sah sebagaisatu disiplin rohani. Dalam tradisi Advaita, Bhakti tidak diberikankepentingan. Sebaliknya, Sri Ramakrishna memberikan Bhakti kedudukan yang samataraf dengan Jnana dengan meluaskan skop Advaita.[5]

Sri Ramakrishna mengakui aspek Lila dan oleh itu beliau jugamenerima konsep Avatara atau Jelmaan Tuhan dalam Bhagavad Gita. Tuhan adalahMaha Berkuasa, maka Tuhan boleh melakukan apa-apa sahaja. Tiada sesiapapun yangdapat menyekat kuasa Tuhan. Jika mahu, Tuhan boleh lahir dalam rupa manusia danhidup sebagai manusia. Demi kebaikan dunia, Tuhan menjelma sebagai manusia. Ramakrishnajuga menegaskan bahawa Avatara ialah sama dengan Tuhan. Jika manusia melihatseorang Avatara, ianya sama seperti melihat Tuhan!

Maya

Ramakrishna menerima maya sebagai tirai yang menyelindungiTuhan dari pandangan kita. Beliau menyamakan maya dengan awan kecil yangmenutup matahari yang besar.[6]

Ramakrishna juga berpendapat seperti ahli-ahli Sankhyabahawa sebaik sahaja maya dikenalpasti, ia melarikan diri. Beliau juga menerimabahawa maya mempunyai dua aspek iaitu avidya maya dan vidya maya. Vidya mayamembantu jiwa mencapai kebebasan. Avidya maya menyebabkan jiwa dibelenggudengan nafsu syahwat, ketamakan dan keegoan.[7]

Seseorang harus menggunakan Vidya maya untuk melepaskan diridaripada belenggu avidya maya. Duri digunakan untuk membuang duri lain, danselepas itu, kedua-dua duri dibuang. Begitu juga, Vidya digunakan untukmenyingkirkan avidya dan selepas itu, Vidya maya juga dibuang.[8]

Dalam kalangan mazhab-mazhab tradisional, wujud percanggahanmengenai lokus maya. Ramakrishna menyelesaikan masalah ini dengan menyatakanbahawa maya wujud dalam Brahman tetapi ia bertindak ke atas jiwa. Ini samaseperti bisa ular yang berada dalam mulut ular. Bisa tidak meracuni ular tetapiia bertindak ke atas orang yang dipatuk ular. Demikian, Ramakrishna menunjukkanbahawa Brahman tidak dijejaskan oleh maya.

Ciptaan

Ramakrishna memberikan maksud yang mendalam bagi ciptaanberbanding Sankara. Menurutnya, ciptaan ialah aspek lila atau permainan Brahmandan oleh itu, ia benar-benar wujud. Seperti bongkah ais yang terbentuk dalamkolam dan akhirnya mencair. Walaupun bongkah ais wujud tetapi ia tidak tetap.

Pada mulanya, seorang jnani menafikan kewujudan dunia.Selepas mendapat kesedaran Brahman dan menjadi seorang ‘vijnani’ iaitu ilmuyang agung, dia menerima bahawa dunia juga ialah Brahman kerana tiada apa-apayang wujud selain Brahman. Teori ini meluaskan pemikiran kita untuk memahamiperbuatan seorang jivanmukta (orang yang telah bebas). Seorang jivanmuktameneruskan kerja-kerjanya demi kebaikan dunia kerana dia melihat bahawa duniajuga ialah Brahman.

Jiwa

Ramakrishna mengakui bahawa jiwa manusia ialah Tuhan.[9] “Jiwayang terikat ialah manusia. Apabila ia mencapai kebebasan daripada belengguMaya, jiwa ialah Tuhan.”

'Apakah perhubungan antara Jivatman dan Paramatman? Airkelihatan terbahagi dua apabila sesuatu papan kayu diletak untuk menghalangalirannya. Begitu juga, Maha Sempurna, kelihatan terbahagi dua, sebagaiJivatman dan Paramatman disebabkan halangan Maya.'

'Air dan buih di atasnya ialah satu. Buih terbentuk di atasair, terapung di atasnya, dan akhirnya ia lenyap dalam air. Begitu jugaJivatman dan Paramatman adalah satu yang sama. Hanya perbezaan tahap yang wujudantara mereka kerana satu adalah terhad dan terikat dan satu lagi tidak terhaddan bebas.'

Penyebab Belenggu

Apakah yang menyebabkan jiwa dibelenggui? Menurut Ramakrishna,ia disebabkan oleh ego akibat Avidya-Maya.[10] Kalau kita terus mengupas bawang, akhirnya,tiada apa yang tinggal. Begitu juga, kalau kita meneliti ‘Aku’ dengan mendalam,akhirnya kita akan mendapati bahawa sebenarnya ia tidak wujud. Tambahan lagi,bukannya mudah untuk melepaskan diri daripada keegoan! Jadi, macam mana kitaboleh menyingkirkan ego? Ramakrishna mengelaskan ego kepada dua jenis : egoyang masak dan ego yang belum masak. ‘Jika kamu tidak dapat menyingkirkan perasaan‘Aku’, biarlah ia tinggal sebagai “Aku orang gaji.” Perasaan “Aku orang gajiTuhan, aku pemuja-Nya” tidak membawa bahaya.

Beliau juga menjelaskan bahawa jiwa yang bebas terus beradadi dunia ini demi mengajar manusia meskipun mereka tidak ada ego.[11] ‘Apabilaseutas tali dibakar, abunya kekal dalam bentuk tali. Namun, ia tidak bolehmengikat lagi. Begitu juga, ego yang telah hangus dalam api Ilmu Yang Agung,tidak dapat mengikat jiwa.’

Empat Jenis Jiwa

Meskipun Ramakrishna mengakui bahawa semua jiwa ialahsetaraf, namun beliau mengelaskannya kepada empat kumpulan: Baddha (terikat),Mumukshu (cuba untuk bebas), Mukta (terbebas) dan Nitya-Siddha (sentiasabebas). Jiwa yang sentiasa bebas atau golongan Nitya-Siddha lahirdemi mengajar manusia. Jenis yang terikat pula langsung tidak memikirkantentang kerohanian kerana asyik dengan kehidupan duniawi. Kumpulan kedua perludiberi perhatian kerana mereka sedang berusaha untuk bebas.[12]

Matlamat Hidup

Menurut Ramakrishna, matlamat hidup adalah untuk menyedariTuhan. Semua masalah kita, semua penderitaan akan berakhir, apabila kitamenyedari Tuhan. Sri Ramakrishna mengikuti jejak tradisi dan menasihatkanbahawa dengan mendapatkan seorang guru rohani yang mahir dan mengamalkandisiplin rohani menurut ajarannya, seseorang boleh bebas.[13]

Ajaran Ramakrishna tidak dogmatik tentang amalan yangdiikuti oleh seseorang. Seperti jalan-jalan berlainan yang menuju ke suatudestinasi, begitu juga, Tuhan boleh dicapai dengan pelbagai jalan atau disiplinrohani. Jnana, Bhakti, Yoga dan Karma, kesemuanya ada dalam ajaran beliau. Seseorangboleh mengamalkan satu atau beberapa disiplin rohani ini. Apa yang pentingialah Vyakulata, kedahagaan kuat dan mendalam untuk mencapai matlamat. PendekatanRamakrishna merangkumi, bukan sahaja pelbagai disiplin rohani agama Hindu,tetapi juga agama-agama lain. Malah beliau juga mengakui beberapa amalan kejiTantra sebagai ‘pintu belakang’, meskipun beliau tidak mengajar atau menyarankannya.

Jnana dan Bhakti

Dalam mazhab-mazhab tradisional, sering wujud persengketaanpendapat antara Jnana dan Bhakti sebagai satu-satunya jalan kebebasan. Sri Ramakrishnamenyelesaikan persengketaan ini dengan mengajar Bhakti yang mengandungi Jnana(Jnana Misrita Bhakti) sebagai jalan yang paling sesuai untuk zaman Kali. Pendekatanini mengelakkan seseorang menjadi fanatik dan menjadi terlalu hambar atauberemosi.[14]

Kehidupan Selepas Kesedaran Tuhan

Apakah yang berlaku kepada orang yang menyedari Tuhan? Ramakrishnamengesahkan sastera agama dan mengajar bahawa orang yang menyedari Tuhanmenikmati kebahagiaan yang tidak terputus dan melihat Tuhan dalamsegala-galanya. Dia mungkin tidak akan menunjuk sebarang tanda tentangkeadaannya dan mungkin berkelakukan ganjil untuk mengelakkan orang lain. Diajuga tidak terjejas dengan suka duka kehidupan dan sentiasa tenang dalam semuasituasi. Hidupnya bertumpu pada Tuhan dan dia bertindak hanya demi kebaikandunia.[15]

Mengenai Prarabdha Karma (hasil tindakan dalamkelahiran lepas yang memberi berkesan dalam kelahiran semasa) Ramakrishnaberkata bahawa ia seperti anak panah yang telah dilepaskan dari busur. Ia pastiakan membawa padahnya dan tidak boleh dielakkan. Namun, dengan kuasa nama Tuhan,sebahagian besar kesannya boleh dikurangkan. (Teachings of Sri Ramakrishna,913)  

Kebaikan dan Kejahatan

Soal kebaikan dan kejahatan merupakan satu masalah yangsering dibincangkan dalam hampir semua sistem falsafah. Ramakrishna mengatakanbahawa ciptaan tidak boleh berlaku tanpa kecacatan atau kekurangan. Emas tulen tidakboleh dijadikan cincin atau rantai. Emas mesti dicampurkan dengan logam lainuntuk memberinya sesuatu bentuk. Demikian, dunia tidak boleh wujud tanpa Maya. Kebaikandan kejahatan perlu wujud agar ciptaan dapat diteruskan. Namun, kejahatan bolehdiatasi dengan menambahkan kebaikan. Namun, matlamat hidup ialah untukmengatasi kedua-dua kebaikan dan kejahatan dan mencapai Tuhan. Apabila seseorangmencapai Tuhan, dia akan melihat baik dan buruk dengan sama rata.[16]

Penyebab Percanggahan

Mengapakah wujud percanggahan dan perselisihan faham antara pelbagaiagama dan mazhab berlainan? Ramakrishna memberikan dua penjelasan iaitu yangobjektif dan subjektif. Secara subjektif, Ramakrishna memberikan contoh sebuahcerita popular tentang beberapa orang buta dan seekor gajah. Menurut beliau, percanggahanpendapat wujud kerana masing-masing hendak membuktikan bahawa pendapatnyasahaja ialah betul dan semua orang lain yang bercanggah dengannya salah. Secaraobjektif pula, Ramakrishna mengatakan bahawa Tuhan Maha Mulia dan tiada sesiapapun yang dapat menggambarkan kemuliaanya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu tentangkemuliaan-Nya. Brahman merupakan satu-satunya yang tidak pernah dicemari ataudapat diceritakan oleh manusia. Usaha manusia untuk memahami dan menjelaskanTuhan ialah sama seperti usaha sebuah patung garam yang ingin mengukurkedalaman laut. Oleh itu, apabila manusia yang telah menyedari Tuhan inginuntuk menjelaskan tentang pengalamannya, dia tidak menjelaskan pengalamannyadengan betul dan kemungkinan pengalamannya bercanggah dengan pengalaman oranglain.